mcmc
Maklumat Am

Taklimat SejaTi MADANI kepada 1000 Petugas NaDi, SKMM

???????? ?????? ?????? ?????? ???? ??????? ????, ????
 
PUTRAJAYA, 25 Mac – Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah mengadakan dua sesi taklimat secara dalam talian berhubung Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) kepada 1000 orang petugas (500 orang setiap sesi) Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kedua-dua sesi taklimat dikendalikan oleh YBrs. Dr Abdul Hazif bin Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSe) ICU JPM, merangkap Ketua Sekretariat SejaTi MADANI ICU JPM.
Tujuan sesi taklimat ini diadakan adalah bagi menjelaskan mekanisma Program SejaTi MADANI serta kerjasama NaDi yang berperanan menyediakan fasiliti, memudah cara serta melaksanakan hebahan mengenai Program SejaTi MADANI.
Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut Encik Azahari Osman, Ketua Jabatan Pengurusan Program NaDi, Bahagian Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), pegawai-pegawai daripada Unit Media dan Korporat ICU JPM, Pusat Bank Data Negara & Inovasi (NADI) ICU JPM serta BPSe ICU JPM.
Pihak Sekretariat SejaTi MADANI juga turut mengedarkan Kit SejaTi MADANI melalui ‘google drive’ yang mengandungi Garis Panduan, Soalan-Soalan Lazim (FAQ), Maklumat Pegawai Perhubungan serta video promo program SejaTi MADANI sebagai sumber rujukan dan bahan promosi.