Hasil seni kraftangan masyarakat di Limbang penuh dengan keunikannya. Antara hasil kraftangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, dan lain-lain. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang, daun nipah dan tali plastik. Antara hasil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji dan sebagainya.
Hasil kraftangan tradisional Limbang yang berasaskan tenunan ialah Pua. Pua, tenunan ikat-lungsin yang diwarisi turun-temurun oleh suku kaum Iban memaparkan identiti dan pegangan kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup. Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi. Antaranya ialah bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket) dan dangdong (kain selempang).
Tenunan Pua masyarakat Iban

Baju yang terhasil daripada Pua
Hasil kraftangan tradisional Limbang yang berasaskan tumbuh-tumbuhan pula adalah seperti anyaman tikar dan bakul rotan. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapabahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
Anyaman tikar mengkuang
Anyaman bakul rotan
Sumber dari :
https://sheilaakmar.wordpress.com/tenunan-pua/
http://www.kraftangan.gov.my/maklumat-kraf-2/bidang-kraf/tekstil/tenunan-pua/
http://tulisansebuahpensil.blogspot.my/2014/08/pengertian-anyaman-anyaman.html