Medamit satu-satunya daerah kecil yang terdapat di Daerah Limbang. Daerah Kecil Ng.Medamit berpotensi berkembang menjadi sebuah daerah kecil yang maju dari segi bidang pertanian dan juga persinggahan para pelancong daripada Mulu. Daerah Kecil Nanga Medamit terletak di dalam Daerah Limbang dengan keluasan 3,047.37 sg.km.
Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) di Ng Medamit kerana kawasan tersebut terletak di luar bandar. Keadaan ini menyebabkan penduduk di kawasan tersebut bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
Sektor Pertanian merupakan sumber pendapatan utama penduduk Ng.Medamit, kerana mampu memainkan peranan dalam pembangunan yakni mewujudkan peluang pekerjaan, di samping menjamin keselamatan makanan penduduk. Jenis-jenis tanaman utama masyarakat di Ng Medamit ialah penanaman padi, getah, sawit, kebun sayur dan sebagainya.
Padi merupakan tanaman pertanian utama yang dijalankan di kawsanNg Medamit.Ini kerana tanahnya yang berbukit dan berpaya, sesuai untuk tanaman padi bukit atau padi huma. Seterunya ialah Kelapa Sawit. Tanaman ini merupakan aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan tanah yang beralun dan di kawasan kaki-kaki bukit yang terdapat di kawasan Ng Medamit. Manakala tanaman Pokok getah merupakan tanaman yang diusahakan di kawasan tanah pamah, kawasan yang beralun serta di kawasan lereng-lereng bukit. Keadaan bentuk muka bumi di Ng medamit amat sesuai untuk tanaman ini.
Tanaman Padi Bukit (Gambar hiasan)

Tanaman kelapa Sawit (Gambar Hiasan)

Tanaman Getah (Gambar Hiasan)
http://yuitsumuni.com/wp-content/uploads/2012/08/wpid-20120820_170133.jpg
