![]()
𝙋𝙀𝙍𝙏𝘼𝙉𝘿𝙄𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙑𝙄𝘿𝙀𝙊 𝙋𝙀𝙉𝘿𝙀𝙆 ![]()
![]()
Jom tunjukkan bakat dan kreativiti anda dalam Pertandingan Video Pendek yang bertemakan Buli Siber atau Pengantunan Siber dan anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500.
Terbuka kepada peserta SEKOLAH MENENGAH SAHAJA (13-18 tahun)(Minimum 3 orang dalam 1 kumpulan)
Pertandingan ini akan berlangsung mulai dari 20 Jun 2025 – 31 Julai 2025
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 & 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙚𝙧𝙖:
Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah (13-18 Tahun)
Dua pemenang (kumpulan) akan dipilih dari setiap Negeri (NADI terpilih dibawah SSO NERA)
Video yang dibuat haruslah dalam 3 minit (MINIMUM) dan 5 minit (MAKSIMUM)
Saiz video: Maksimum 1GB
Format Video : Resolusi minimum 720p
Peserta harus menggunakan aplikasi CAPCUT untuk menyunting video
Tajuk video harus dipilih antara BULI SIBER atau Pengantunan Siber
Peserta boleh rakam video dengan berlakon suatu kisah dan menghasilkan video yang interaktif.
Pemenang akan dipilih berdasarkan video yang paling kreatif dan menarik.
Tiada unsur lucah, politik dan perkauman
Peringatan penting:
Peserta akan disingkirkan (disqualified) sekiranya borang kebenaran tidak dikembalikan bersama video penyertaan.
Mohon pastikan semua dokumen lengkap sebelum tarikh tutup penyertaan.
Sekiranya berminat untuk mendaftar, atau ada pertanyaan, boleh hubungi NADI Nanga Medamit di:
011-62943072
