- Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;
- 1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
2. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
3. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
4. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing. - Fokus NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.
- Lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:
a. Pertamanya, menaik taraf kepada NADI yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,
b. Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap NADI bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat
setempat;
c. Ketiganya, setiap NADI akan mempunyai IKON Usahawan NADI dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan;
d. Keempatnya, 600 Rakan Digital NADI akan dilantik di 600 NADI terpilih bagi turut membantu memberi matlumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro NADI.
e. Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di NADI bagi mencapai pasaran yang lebih besar.
- Latihan atau Kursus yang ditawarkan di NADI.
- ● Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
o latihan ICT,
o latihan keusahawanan,
o latihan multimedia,
o e-pembelajaran,
o latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
o program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
● Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.
Petugas NADI Nanga Medamit
PENGURUS
AMELDORA ANAK EPIS
IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN TEKNOLOGI KREATIF (SKRIN)
UITM
PENOLONG PENGURUS
DEVI SYLVIANICA SIMON
IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN KEWANGAN ANTARABANGSA (PERBANKAN ANTARABANGSA DAN LUAR PERSISIR)
UMS
