Bahagian Limbang kaya dengan pelbagai produk makanan yang berpotensi untuk dipasarkan di peringkat nasional seterusnya mampu memberi pulangan memberangsang. Antaranya ialah, ikan tahai, madu kesirat serta produk lain terkenal dalam pasaran tempatan dan luar negara seperti Brunei.
Pelbagai produk tempatan kita khususnya ikan tahai sudah terkenal sekali gus berjaya pikat para pengunjung dan pembeli di kawasan tersebut. Ikan tahai salai ni cuma boleh dapati di Limbang dan Lawas Sarawak ataupun di Brunei.
Ikan Tahai ini enak dimakan begitu sahaja sebab dah siap dimasak dan ikan ini hanya boleh didapati di Limbang dan Lawas, Sarawak atau di Brunei. Selain dari buat sambal ada lagi satu masakan yang di panggil ‘Dadah Tahai’. Ikan ini juga di panggil ikan aur-aur, dipercayai boleh menyembuh pelbagai penyakit termasuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan. Ikan tahai boleh di simpan berbulan-bulan dan lebih baik baik di simpan di dalam peti sejuk.
Harga ikan tahai mengikut mengikut musim, jika musimnya harganya cuma RM7-8 sekilo tapi jika bukan musim harganya meningkat sehingga mencecah RM28 sekilo.
Ikan Tahai Salai
Di limbang setakat ini, tempat makan yang boleh untuk dicuba.
1. Di Pasar Malam(open air), belakang bangunan Pejabat Imegresen dan KPDNKK.
- Di situ terdapat pelbagai makanan samada dari malaysia sendiri, thailand, indonesia dan pelbagai lagi cita rasa. Dibuka hanya di malam hari sahaja. Biasanya aku suka lepak di kedai mat tomyam…rasa tomyam nya real sikit…tapi kena cuba dulu.
2. Di restoran Musbee.
- Restoran itu romantik sikit dan sesuai untuk mereka yang makan dalam keadaan tak bising sangat. Dekorasi dalam restoran agak mengujakan serta berani. Resepi yang pernah aku rasa di situ nasi lalapan…buka sehingga larut malam.
3. Sarimah Curry House.
- Penyediaan makanan di situ agak cepat sikit dan hidangan makanannya lebih bercirikan kemelayuan. Lokasinya sebaris dengan banguna tabung haji. Dibuka siang sahaja.
4. Restoran Adnan
- Berdepan dengan patung Kerbau(tanda mercu limbang). Cepat dan bersih. Disediakan juga menu 1 malaysia bagi sarapan pagi. Istimewanya pada hari jumaat ada nasi beriani. Dibuka siang sahaja. Bah, datanglah cuba.
5. Di Bangunan Tamu Limbang
- Terdapat sebuah gerai yang membuat roti canai milik imam no. 2 masjid bahagian limbang. Biasanya orang limbang “melagau” nya imam pudin. Roti canainya bercecah sambal pusu dan kuah kari. Rotinya garing sikit dan sungguh menyelerakan dengan pemandangan di tepi sungai limbang dan pemandangan kesesakan kereta mencari parking di bangunan tamu yang sememangnya susah untuk mencari parking di situ.
6. Saifurina Cafe
- Bersebelah dengan Yapeim(ar-rahnu, pajak gadai islam). Yang istimewanya di sini, sup berubutnya yang tiada di mana-mana kedai makan di Limbang. Dan pandangan tepi sungai Limbang yang mengasyikkan dengan udaranya yang nyaman.
7. Thai Tomyam Seafood restoran
- Masakan thailand semuanya. Memang menyelerakan bagi yang meminati makanan thai, terutamanya tom yam. Kalau nak cuba, restoran ni berhampiran dengan kampung Pemukat dan sama dengan area Bank Simpanan Nasional.
8. Hajah Ajijah.
- Tak jauh dari kampung Pemukat. Makanan yang ada di situ pelbagai menu termasuklah nasi ayamnya. Luas dalaman serta lebih kelimbangan konsep menu dan layanannya.
9. Restoran Pandan Wangi.
- Mee jawanya kerana kuah yang sesedap rasa yang sesuai dengan citarasa. Restorannya bersih dan teratur.
10. Mutiara Cafe.
- Bersedelahan dengan hong leong bank menyajikan menu kemelayuan dengan berkonsepkan “simple”.
11. Restoran Nurul.
- Menu yang boleh dicuba di situ mee jawanya yang ada kelainan sikit dari restoran yang lain di Limbang.
12. Restoran Awangku Nasi Katok.
- Bagi yang mengemari makanan negara Brunei yang begitu popular bolehlah datang ke restoran awangku nasi katok yang menghidangkan menu nasi katok yang unik dan menyelerakan. Lokasinya berdepan dengan Pejabat JPJ.
Sumber dari :
1. https://ameerhariz181.wordpress.com/tempat-makanan-yang-bisai-di-limbang/
2. https://ameerhariz181.wordpress.com/2011/01/20/apa-yang-ada-di-limbang/
