mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025

PROGRAM KHAS HARI MALAYSIA

Tarikh :06 – 07 SEPTEMBER 2025
Masa :09.00AM- 02.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :49 Orang     

Tujuan : Sempena sambutan HariMalaysia, NADI menjemput seluruh komuniti untuk bersama-sama memeriahkan program penuh warna-warni dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan, pameran, jualan usahawan, serta aktiviti kekeluargaan. Program ini bukan sahaja meraikan semangat kemerdekaan dan perpaduan, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat

Aktiviti : Mengadakan aktiviti Hari Malaysia bersama NADI memberi banyak kebaikan kepada komuniti, antaranya memupuk semangat patriotisme, mencungkil bakat mencipta poster dan mewarana serta menyokong usahawan tempatan. Selain itu, dengan adanya program ini, NADI juga membantu komuniti membuat saringan kesihatan untuk mengenalpasti awal status kesihatan diri. Gambar disini.

NADI X E-SUKAN : KELAS KESEDARAN – KESIHATAN MENTAL & KESEJATERAAN ATLET

Tarikh :07 SEPTEMBER 2025
Masa :02.30PM- 04.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT 
Peserta :4 Orang     

Tujuan : Kelas kesedaranbertajuk “Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Atlet” telah dianjurkan
oleh E-Sukan x NADI dengan tujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kalangan atlet. Program ini memberi pendedahan tentang cara mengurus tekanan, mengekalkan keseimbangan emosi, serta mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan prestasi dan kesejahteraan diri sentiasa berada pada tahap optimum.

 Aktiviti :Kebaikan peserta mengikuti kelas ini adalah mereka dapat meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan menjaga kesihatan mental, mempelajari cara mengurus tekanan dengan berkesan, serta memahami kepentingan kesejahteraan emosi bagi mengekalkan prestasi dan motivasi sebagai seorang atlet.  Gambar disini.

NADI X E-KELAS (USAHAWAN) : WEBINAR STRATEGIK PEMASARAN

Tarikh :18 SEPTEMBER 2025
Masa :10.00AM- 11.00AM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :1 Orang     

Tujuan : Webinar bertajuk “Strategi Pemasaran Digital” telah dianjurkan di NADImelalui program eKelas Usahawan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik dan strategi pemasaran dalam talian yang berkesan.

Aktiviti : Peserta mendapat ilmu dan kemahiran dalam mengurus serta mempromosikan perniagaan menggunakan strategi pemasaran digital moden, sekali gus meningkatkan daya saing dalam dunia perniagaan masa kini. Gambar disini.

NADI CYBERSECURITY: WEBINAR ANCAMAN SIBER KEPADA USAHAWAN

Tarikh :18 SEPTEMBER 2025
Masa :03.00PM – 04.30PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :1 Orang     

Tujuan : Tujuan webinar ini adalah untuk memberi kesedaran kepada usahawan tentang kepentingan melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber dalam era digital.

Aktiviti : Kebaikan webinar ini ialah usahawan dapat meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan siber serta belajar cara melindungi data dan perniagaan mereka daripada ancaman dalam talian. Selain itu, Kelebihan kepada peserta ialah mereka dapat memahami cara mengenal pasti dan mencegah ancaman siber, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan perniagaan digital mereka. Gambar disini.

NADI X KESEDARAN (SAFE): TAKLIMAT PENGANTUNAN SIBER

 Tarikh :19 SEPTEMBER 2025
Masa :03.00PM – 04.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :3 Orang     

 Tujuan : Taklimat Pengantunan Siber bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan menjaga adab dan tingkah laku ketika berinteraksi di alam maya. Taklimat ini memberi pendedahan mengenai etika penggunaan media sosial, keselamatan maklumat peribadi serta cara mewujudkan persekitaran digital yang positif dan berhemah.

Aktiviti : Peserta dapat memahami kepentingan beretika di dunia siber, mengamalkan komunikasi yang
sopan, serta menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab dan berhemah dalam setiap interaksi atas talian. Gambar disini.

NADI X KESEDARAN (SHIELD): TAKLIMAT BERITA PALSU

Tarikh :19 SEPTEMBER 2025
Masa :04.00PM – 05.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :2 Orang     

Tujuan : Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mengenal pasti dan menilai maklumat yang diterima agar tidak terpengaruh dengan berita palsu.

Aktiviti : Kebaikan untuk peserta ialah mereka dapat meningkatkan kesedaran dan kemahiran menilai maklumat dengan tepat, seterusnya dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan berita palsu.  Gambar disini.

TINY TECHIES : UNBOXING MICROBIT (SEKOLAH RENDAH)

Tarikh :24 SEPTEMBER 2025
Masa :03.000PM – 04.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :1 Orang     

Tujuan : Unboxing Micro:bit ialah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada teknologi dan asas coding secara interaktif, sambil merangsang kreativiti dan minat mereka dalam akademik.

Aktiviti : Aktiviti yang dijalankan dalam Tiny Tichies Unboxing Micro:bit termasuk membuka dan mengenal komponen Micro:bit, mencuba demo asas coding untuk menghidupkan LED atau membuat bunyi, serta menjalankan projek mini kreatif seperti jam digital atau permainan ringkas. Peserta turut diberi peluang melakukan aktiviti hands-on dengan menulis arahan coding sendiri dan berkongsi idea serta hasil projek mereka, sekaligus merangsang kreativiti dan minat dalam bidang STEM secara interaktif. Gambar disini.

NADI X INISIATIF X KERAJAAN: SEMAKAN BUDI MADANI

Tarikh :25 SEPTEMBER 2025
Masa :03.00PM- 04.30PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT 
Peserta :2 Orang     

Tujuan : Tujuan utama membuat semakan inisiatif kerajaan di NADI ialah untuk memastikan komuniti sentiasa maklum tentang program, bantuan dan peluang kerajaanserta dapat memanfaatkan inisiatif tersebut dengan tepat dan berkesan.

 Aktiviti : Kelebihan membuat semakan inisiatif kerajaan di NADI ialah peserta atau komuniti dapat mendapat maklumat terkini tentang program, bantuan dan peluang kerajaan, memastikan mereka tidak terlepas sebarang peluang, serta dapat merancang penyertaan atau memanfaatkan inisiatif tersebut dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sokongan kerajaan, sekaligus memudahkan akses kepada sumber dan khidmat yang disediakan. Gambar disini.

KELAS ICT (MICROSOFT WORD) : MENAIP SURAT RASMI

Tarikh :26 SEPTEMBER 2025
Masa :03.30PM- 05.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :1 Orang     

Tujuan : Tujuan belajar menaip surat di NADI ialah untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi rasmi dan profesional, membolehkan peserta menulis surat dengan format yang betul, jelas dan mudah difahami dalam konteks kerja atau urusan rasmi.

Aktiviti : Kebaikan peserta belajar menaip surat di NADI ialah mereka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi rasmi, menulis surat dengan tepat dan jelas, serta lebih yakin dalam urusan profesional atau rasmi. Gambar disini.

NADI X KESEDARAN (SHIELD) : TAKLIMAT PENGANTUNAN SIBER BAHAYA DI DUNIA SIBER

Tarikh :26 SEPTEMBER 2025
Masa :04.00PM- 05.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT 
Peserta :1 Orang     

Tujuan : Memberi kesedaran kepada peserta tentang risiko dan bahaya yang wujud di dunia siber, serta cara melindungi diri daripada ancaman digital seperti penipuan, buli siber dan
pendedahan maklumat peribadi.

Aktiviti : Peserta akan menjadi lebih peka, kritikal dan berwaspada terhadap bahaya di dunia siber, seterusnya dapat melindungi diri dan komuniti secara lebih berkesan. Gambar disini.