mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2025

NADI X WELLBEING: MENTAL HEALTH IS REAL “REMAJA PEREMPUAN & KESIHATAN MENTAL”

Tarikh :02 MEI 2025
Masa :10.30AM- 11.30AM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :1 Orang     

Tujuan : Menyampaikan maklumat kepentingan Kesihatan mental kepada remaja Perempuan. Berkongsi tips pencegahan keburukan mental.

Aktiviti : Peserta menonton webinar yang disediakan dan dapat menambah ilmu dan pengalaman yang baru. Selain itu, dapat meningkatkan Kemahiran sosial dan komuniti serta dapat motivasi dan semangat dalam penjagaan Kesihatan mental. Gambar disini

NADI X E-SUKAN: PERTANDINGAN SARINGAN MLBB

Tarikh :03 MEI 2025
Masa :02.30AM- 04.30PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT 
Peserta :5 Orang     

Tujuan :  Tujuan NADI X E-Sukan diadakan adalah ingin meningkatkan minat kesukanan dalam digital seperti Pertandingan Mobile Lagend yang setiap tahun diadakan. Hal ini bertujuan, ingin membina peserta untuk lebih menonjol dan ada keyakinan diri dalam kerjaya sukan digital.

 Aktiviti : Antara kebaikan program ini termasuklah meningkatkan kecergasan fizikal, memupuk disiplin dan jati diri, menggalakkan gaya hidup aktif, serta membina bakat dalam bidang sukan. Selain itu, ia turut
membantu meningkatkan kemahiran sosial, fokus dalam pembelajaran, dan menanam nilai-nilai murni seperti kerjasama, semangat berpasukan dan kejujuran. Gambar disini

NADI X WELLBEING: GENTLE BIRTH “ADAKAH SESUAI UNTUK ANDA?”

Tarikh :09 MEI 2025
Masa :10.30AM- 11.30PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :2 Orang     

Tujuan : Berkongsian mengenai Gentle Birth, atau kelahiran secara lembut, merupakan pendekatan kelahiran yang menekankan ketenangan, kawalan emosi dan sokongan penuh kepada ibu bagi memastikan proses bersalin berlaku dalam suasana yang positif, selamat dan selesa. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan tekanan dan ketakutan ibu semasa bersalin, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan emosi, mental dan fizikal ibu serta bayi. Dengan persekitaran yang menyokong dan bebas dari gangguan, gentle birth membantu meningkatkan hubungan awal antara ibu dan bayi serta mempercepat pemulihan selepas bersalin.

Aktiviti : Peserta yang mengikuti webinar ini, mendapat mengetahui fakta tentang Gentle Birth memberi ibu bapa pengetahuan yang lebih baik tentang pilihan kelahiran yang selamat dan tenang, membantu mengurangkan kebimbangan semasa proses bersalin, serta menyumbang kepada kesejahteraan emosi, fizikal dan mental ibu dan bayi. Gambar disini

NADI X CYBERSECURITY – “WEBINAR PERLINDUNGAN SIBER & ANCAMAN PENGEDOMAN”

Tarikh :10 MEI 2025
Masa :10.00AM – 11.300AM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :5 Orang     

Tujuan : Webinar ini bertujuan untuk:

  1. Membekalkan peserta dengan teknik perlindungan digital yang praktikal.

2. Meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan keselamatan maklumat dalam era digital.

3. Memberikan pengetahuan asas tentang perlindungan siber dan ancaman penggodam.

Aktiviti : Peserta yang menyertai webinar Perlindungan Siber dan Ancaman Penggodam memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko keselamatan digital serta membekalkan pengetahuan dan langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada serangan siber. Gambar disini

NADI X AWARENESS (SAFE) – WEBINAR TAKLIMAT PERISIAN MERBAHAYA

 Tarikh :16 MEI 2025
Masa :03.00PM – 04.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :2 Orang     

 Tujuan : Tujuan webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dengan memberikan maklumat terkini tentang ancaman perisian berbahaya seperti virus, trojan, spyware dan
ransomware. Selain itu, webinar ini turut mendidik peserta tentang teknik serangan siber yang digunakan oleh penjenayah untuk mengeksploitasi kelemahan sistem dan pengguna. Ia juga membekalkan panduan perlindungan melalui langkah-langkah praktikal seperti penggunaan perisian antivirus dan amalan
keselamatan dalam talian yang berkesan.

Aktiviti : Peserta yang menyertai webinar ini memberi banyak manfaat kepada peserta, antaranya peningkatan pengetahuan tentang pelbagai jenis perisian berbahaya dan cara ia berfungsi. Peserta juga memperoleh kemahiran pencegahan dengan mempelajari langkah-langkah melindungi peranti dan data peribadi daripada ancaman siber. Selain itu, webinar ini meningkatkan kesedaran tentang risiko
serangan siber dan kepentingan menjaga keselamatan digital. Sebagai galakan, peserta turut berpeluang menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka dalam mengikuti program kesedaran siber ini. Gambar disini

NADI X AWARENESS (SHIELD) – WEBINAR TAKLIMAT LINDUNGI DATA PERIBADI

Tarikh :16 MEI 2025
Masa :04.00PM – 05.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :2 Orang     

Tujuan :  Tujuan taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya melindungi data peribadi dalam dunia digital, memberi pengetahuan tentang cara data boleh disalah
guna, serta membimbing peserta dengan langkah-langkah praktikal untuk mengelakkan kebocoran maklumat peribadi melalui laman sesawang, aplikasi, dan media sosial.

Aktiviti : Peserta akan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang hak privasi digital, teknik mengesan penipuan atau pencurian data, serta kaedah selamat menggunakan peranti dan perkhidmatan dalam talian. Taklimat ini juga membantu membina kesedaran terhadap undang-undang berkaitan perlindungan data peribadi dan menjadikan pengguna lebih bijak dalam mengurus maklumat diri di internet. Gambar disini.

NADI X WELLBEING – DARAH TINGGI & KECEMASAN (APA JADI BILA TEKANAN MELETUP)

Tarikh :16 MEI 2025
Masa :10.30AM- 11.30AM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :1 Orang     

Tujuan : Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya tekanan darah tinggi (hipertensi) dan risiko kecemasan yang boleh berlaku apabila tekanan darah naik mendadak, serta
memberikan panduan awal bagi pengurusan kecemasan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Aktiviti : Peserta dapat memahami punca dan simptom darah tinggi,mengenal pasti tanda-tanda amaran awal kecemasan seperti strok dan serangan jantung, serta mempelajari langkah pencegahan melalui pemakanan sihat, senaman dan pemantauan tekanan darahsecara berkala. Gambar disini

NADI X CYBERSECURITY: MANIPULASI SIBER – “BAGAIMANA PENJENAYAH MENGEKPLOTASI ANDA?”

Tarikh :17 MEI 2025
Masa :02.00PM- 03.30PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT 
Peserta :7 Orang     

Tujuan : Tujuan webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang teknik manipulasi siber yang digunakan oleh penjenayah, memberikan pengetahuan tentang cara mengenal pasti dan melindungi diri daripada serangan siber, serta membekalkan strategi praktikal bagi mengelakkan menjadi mangsa eksploitasi dalam dunia digital.

 Aktiviti : Peserta yang mengikuti webinar ini akan lebih sedar tentang pelbagai teknik manipulasi siber, dapat mengenal pasti tanda-tanda serangan, meningkatkan kemahiran keselamatan digital, serta belajar cara melindungi maklumat peribadi dan diri daripadadieksploitasi oleh penjenayah siber. Gambar disini

PROGRAM KOMUNITI MADANI BERSAMA JAPEN & KG BELIMBING

Tarikh :17 MEI 2025
Masa :11.00AM- 12.00PM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :10 Orang     

Tujuan : Tujuan Program Komuniti Madani adalah untuk membina masyarakat yang harmoni, bertanggungjawab, dan prihatin melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sosial, kebajikan, dan pembangunan komuniti. Program ini juga bertujuan menggalakkan kerjasama antara pelbagai lapisan masyarakat demi memupuk nilai murni seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, serta memupuk
semangat kesukarelaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup bersama secara inklusif dan berterusan.

Aktiviti : Sepanjang aktiviti petugas NADI menyediakan kelas ICT yang bertajuk “ Format dan Contoh : Menulis surat kiriman rasmi” . Selain itu, sembang Santai tentang isu semasa bersama JAPEN dan Komuniti Madani. Peserta dapat menambah ilmu asas format cara menulis dan menaip surat rasmi yang lengkap dan betul. Seterusnya, Komuniti Madani mengetahui hal dan isu semasa seperti kenaikan kadar harga telur subsidi akan meningkat di masa akan datang, dan memberi penekan tentang jualan Rahmah agar bersedia untuk membeli telur dengan harga yang rendah. Gambar disini

KELAS ICT : CANVA (TENTATIF PROGRAM & SUNTINGAN GAMBAR)

Tarikh :24 MEI 2025
Masa :09.00AM- 11.30AM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT 
Peserta :2 Orang     

Tujuan : Belajar membuat tentatif program dan suntingan gambar bersama petugas NADI dengan menggunakan applikasi CANVA.

 Aktiviti : Petugas mengajar cara penyusunan tentatif mengikut tarikh, masa dan gambar aktiviti. Peserta belajar kelas ICT membantu menguasai kemahiran teknologi yang penting, memudahkan tugasan dan pembelajaran, serta membina kreativiti melalui projek praktikal. Ia juga memupuk disiplin dan kerjasama, sekaligus mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia kerjaya moden. Gambar disini

NADI X MAHIR : CARA MENUKAR LCD TELEFON PINTAR

Tarikh :27 MEI 2025
Masa :10.00AM- 11.30AM
Lokasi :NADI NANGA MEDAMIT
Peserta :2 Orang     

Tujuan : Kursus khas ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang padat dan praktikal kepada peserta tentang teknik profesional menukar skrin LCD telefon pintar jenis skrin melengkung. Jom pelajari
teknik yang mudah, cepat dan bajet rendah! Kursus ini sesuai untuk anda yang ingin menjana pendapatan melalui kemahiran membaiki telefon pintar. Peserta akan dibimbing langkah demi langkah oleh tenaga pengajar berpengalaman, dari mengenalpasti kerosakan sehingga proses pemasangan skrin yang betul dan selamat.

Aktiviti : Peserta dapat belajar cara-cara membuka dan memasang LCD telefon. Kelas Mahir ini sangat bermaafaat kepada peserta untuk menambah ilmu pengetahuan dan membantu peserta menjana pendapatan sampingan. Gambar disini