NADI X AWARENESS: “WEBINAR TAKLIMAT PERISIAN MERBAHAYA” DAN “WEBINAR TAKLIMAT LAMAN WEB BERBAHAYA”
| Tarikh : | 09 JUN 2025 |
| Masa : | 03.00PM- 05.00PM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 4 Orang |
Tujuan : Webinar Taklimat Perisian Merbahaya memberi kesedaran kepada peserta tentang jenis-jenis perisian berbahaya (malware), cara ia menyerang peranti, kesan terhadap data peribadi, serta langkah pencegahan dan perlindungan siber yang perlu diambil untuk keselamatan digital.
Aktiviti : Sepanjang webinar, peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti mendengar taklimat pakar, menonton demonstrasi serangan perisian merbahaya, menyertai sesi soal jawab interaktif, menjawab kuiz kesedaran siber, dan berkongsi pengalaman serta pandangan dalam ruangan perbincangan. Gambar disini.
NADI X CYBERSECURITY: “WEBINAR LINDUNGI INDENTITI DIGITAL ANDA”
| Tarikh : | 13 JUN 2025 |
| Masa : | 03.30AM- 05.00PM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 3 Orang |
Tujuan : Memberi kesedaran tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti ancaman siber seperti penipuan dan pencurian identiti, serta membimbing peserta dengan langkah-langkah keselamatan digital yang berkesan untuk menjaga privasi dalam dunia maya.
Aktiviti : Peserta mendapat pengetahuan tentang cara melindungi data peribadi, meningkatkan kesedaran terhadap ancaman siber, belajar amalan keselamatan digital, dan lebih bersedia menghadapi risiko pencurian identiti dalam dunia digital. Gambar disini.
NADI X CYBERSECURITY: “WEBINAR MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK”
| Tarikh : | 20 JUN 2025 |
| Masa : | 03.30PM- 04.30PM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 5 Orang |
Tujuan : Webinar Cybersecurity ini membantu ibu bapa memahami risiko siber dalam permainan dalam talian anak, termasuk ancaman seperti buli siber, pencurian identiti dan pendedahan kepada kandungan berbahaya, serta langkah pencegahan yang boleh diambil.
Aktiviti : Peserta mendapat pengetahuan tentang ancaman siber dalam permainan online, panduan mengenal pasti risiko seperti buli siber dan penipuan, serta kemahiran melindungi anak melalui kawalan selamat, tetapan privasi dan komunikasi berkesan dalam dunia digital. Gambar disini.
NADI X INSIATIF KERAJAAN: MY DIGITAL
| Tarikh : | 12 JUN 2025 |
| Masa : | 08.00AM – 09.00AM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 2 Orang |
Tujuan : Tujuan My DIGITAL di Pusat Sebaran Digital Nasional ialah untuk memperkasakan rakyat dengan kemahiran digital, memudahkan akses kepada perkhidmatan dalam talian, dan melindungi identiti digital secara selamat dan efisien.
Aktiviti : Kebaikan daftar MyDIGITAL kepada penggunaialah memudahkan urusan dalam talian melalui satu identiti digital yang selamat, mempercepat akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta, serta melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna. Gambar disini.
NADI X MAHIR: “RASA WARISAN NYONYA ASLI BERSAMA CHEF FLORENCE TAN”
| Tarikh : | 14 JUN 2025 |
| Masa : | 12.00PM – 02.00PM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 5 Orang |
Tujuan : Rasa Warisan Nyonya Asli bersama Chef Florence di NADI Mahir membawa peserta menyelami keunikan masakan tradisional Peranakan, mempelajari resipi turun-temurun, teknik memasak asli, serta memahami nilai budaya dan sejarah di sebalik setiap hidangan.
Aktiviti : Peserta mendapat ilmu tentang resipi tradisional Nyonya, teknik memasak asli seperti penggunaan rempah ratus dan kaedah tumisan, serta memahami nilai budaya, warisan dan cerita di sebalik setiap hidangan yang disediakan. Gambar disini.
NADI X WELLBEING: SARINGAN KESIHATAN BERSAMA KOMUNITI
| Tarikh : | 21 JUN 2025 |
| Masa : | 09.00AM – 10.00AM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 4 Orang |
Tujuan : Membuka kaunter saringan kesihatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) membantu komuniti mendapatkan pemeriksaan kesihatan awal secara mudahdan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan.
Aktiviti : Petugas membuat saringan Kesihatan Bersama komuniti NADI Nanga Medamit. Selain itu, petugas mempromosikan aktiviti NADI Mahir dan mendaftar sebagai ahli NADI percuma. Gambar disini.
NADI X eKELAS USAHAWAN: “STRATEGI PEMASARAN DIGITAL MODUL 1” DAN “ASAS VISUAL KOMUNIKASI MODUL 2”
| Tarikh : | 23 JUN 2025 |
| Masa : | 10.00AM- 11.00AM 02.00PM- 03.00PM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 2 Orang |
Tujuan : Program eKelas Usahawan: Strategi Pemasaran Digital membantu para usahawan meningkatkan kemahiran dalam menggunakan platform digital seperti media sosial, e-mel, dan e-dagang untuk memasarkan produk secara lebih berkesan dan meluaskan capaian pelanggan.
Aktiviti : Dalam program eKelas Usahawan: Strategi Pemasaran Digital, peserta didedahkan kepada asas pemasaran digital termasuk penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram, teknik menghasilkan kandungan menarik, strategi promosi kos rendah, serta pengenalan kepada platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada, sekali gus membantu usahawan memasarkan produk secara lebih berkesan dan meluaskan pasaran secara dalam talian. Gambar disini.
NADI X USAHAWAN: PROGRAM UNTOUCH KPI SMART SERVICE: PRENUER
| Tarikh : | 28 JUN 2025 |
| Masa : | 02.00PM- 04.00PM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 5 Orang |
Tujuan : Usahawan Preneur NADI ialah program pembangunan keusahawanan yang bertujuan membimbing komuniti setempat, terutamanya belia dan usahawan mikro, dengan ilmu asas perniagaan, strategi pemasaran digital, pengurusan kewangan serta peluang menjana pendapatan melalui platform digital dan bimbingan berterusan.
Aktiviti : program Usahawan Preneur NADIyang memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu keusahawanan seperti asas perniagaan, strategi pemasaran digital, pengurusan kewangan, dan cara menjana pendapatan melalui platform digital, dengan tujuan membantu usahawan komuniti meningkatkan kemahiran dan daya saing dalam dunia perniagaan. Gambar disini.
NADI X DILEA: SEKOLAH DIGITAL “PERLUKAH KITA TINGGALKAN BUKU TEKS”DAN KELAS ONLINE TINGKATAN 4 @ 5 2025”
| Tarikh : | 28 – 29 JUN 2025 |
| Masa : | 02.00PM- 04.00PM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 4 Orang |
Tujuan : NADI x Dilea (Sekolah Rendah dan Menengah)merupak program kerjasama yang memfokuskan kepada pendedahan aw dalam bidang digital, seni kreatif dan kemahiran asas keusahawan kepada murid-murid berkeperluan khas di peringkat sekolah rend dan menengah, bertujuan membina keyakinan diri, mengasah bak serta menyediakan ruang pembelajaran yang inklusif d menyeronokkan.
Aktiviti : Peserta menyertai aktiviti ini, mendapat maklumat dan ilmu tambahan daripada cikgu mengajar secara online di NADI. Gambar disini.
NADI X SUKAN: “SAINS SUKAN DALM E-SUKAN EP 1&2” DAN “ASAS PEMAKANAN SUKAN BAGI ATLET REMEJA EP 1&2”
| Tarikh : | 29 JUN 2025 |
| Masa : | 12.00PM- 02.00PM |
| Lokasi : | NADI NANGA MEDAMIT |
| Peserta : | 3 Orang |
Tujuan : NADI X Sukan merupakan inisiatif komuniti yang menggalakkan gaya hidup sihat melalui
aktiviti sukan dan kecergasan, sambil memupuk semangat kerjasama serta kesedaran kepentingan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti : Sains sukan dalam E-sukan NADI ialah pendekatan yang menekankan kesihatan fizikal dan mental pemain melalui penjagaan postur, pemakanan, kecergasan, dan pengurusan stres untuk meningkatkan prestasi dalam permainan. Manakala, Asas pemakanan sukan bagi atlet remaja ialah pengambilan nutrien seimbang seperti karbohidrat, protein, lemak sihat, air, vitamin dan mineral untuk menyokong tenaga, pertumbuhan, dan prestasi sukan. Gambar disini.