CELIK IT – GALVIN NYAMBAR ANAK UDIN
Menyertai Klik Dengan Bijak, Latihan Microsoft Office Word & Latihan Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi
|
Nama |
: |
Galvin Nyambar anak Udin |
|
Umur |
: |
14 tahun |
|
Ahli |
: |
2018 |
Latar Belakang :
Galvin Nyambar merupakan pelajar yang berusia 14 tahun dan bersekolah di SMK Medamit Limbang di tingkatan 2 (2018). Galvin mula mengenali Pusat Internet Nanga Medamit apabila dia dan rakan-rakannya yang pada ketika itu masih bersekolah di darjah 6 dijemput ke Pusat Internet untuk menyertai salah satu aktiviti yang diadakan sempena I-Health Day yang di anjurkan oleh Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Pada awalnya, Galvin berasa amat segan untuk mempelajari ilmu komputer dan internet kerana beliau agak tidak mahir dalam menggunakan perlalatan dan kemudahan tersebut. Namun yang sedemikian, rakan-rakannya telah mengajak beliau untuk menyertai latihan-latihan yang disediakan telah menimbulkan minatnya untuk mempelajari ilmu komputer dan internet. Tambahan pula, hobinya yang suka bernyanyi telah mendorong beliau untuk mencari lagu-lagu terkini menerusi laman Youtube.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Kini Galvin lebih mahir menggunakan komputer dan internet di mana beliau berjaya mencari maklumat-maklumat artis kegemarannya dan berjaya mengikuti perkembangan-perkembangan terkini artis-artis pujaannya.
USAHAWAN 1 – RACHEL ANAK IKAT
Perniagaan secara ONLINE
|
Nama |
: |
Rachel anak Ikat |
|
Umur |
: |
31 tahun |
|
Ahli |
: |
2018 |
Latar Belakang :
Cik Rachel anak Ikat merupakan seoarang graduan Diploma dari UTM cawangan Kuching Sarawak. Beliau telah menjadi Pengguna Pusat internet Nanga Medamit pada febuari 2018 dan sering menfaatkan kemudahan komputer dan internet yang ada untuk perniagaan onlinenya.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum penggunaan ICT mahupun penglibatan Pusat Internet, Rachel hanya menjual produknya di kawasan kampung dan kepada sanak saudaranya sahaja melalui aplikasi Whatsap dan Facebook. Oleh yang sedemikian, pendapatannya hanya sedikit sahaja.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Dengan menggunakan teknologi ICT dan Pusat Internet, produk yang dijual oleh Rachel mendapat sambutan dari masyarakat sekitarnya. Ini kerana, beliau telah mendaftarkan produknya tersebut di dalam aplikasi Dashboard iaitu MyShop dimana setiap pengunjung dapat melihat produk-produk yang dijual di aplikasi Dashboard.
USAHAWAN 2 – NASVINIERA ANAK VINCENT
Perniagaan secara langsung dan ONLINE
|
Nama |
: |
Nasviniera anak Vincent |
|
Umur |
: |
24 tahun |
|
Ahli |
: |
2017 |
Latar Belakang :
Cik Nasviniera merupakan lepasan STPM pada tahun 2013. Beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarganya. Sebelum mengenali dunia perniagaan online, beliau bekerja sebagai seorang kerani di salah sebuah Syarikat Swasta di Miri Sarawak pada tahun 2014 sehingga 2016. Pada awal tahun 2017 beliau mengambil keputusan untuk balik ke Limbang ekoran masalah kesihatan ibunya agak tidak beberapa baik. Oleh yang sedemikian, beliau telah menjinakkan diri didalam perniagaan secara online dengan menjual pelbagai jenis produk Ice Pop dimana beliau turut berniaga secara kecil-kecilan menjual produk tersebut di kampungnya.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum penggunaan ICT mahupun penglibatan Pusat Internet, Nasviniera hanya mempromosi produk jualannya menerusi aplikasi Whatsap dan secara langsung kepada rakan-rakannya di kampung. Penjualannya hanya terhad didalam kawasan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:
Dengan menggunakan teknologi ICT dan Pusat Internet, perniagaan Ice Pop Nasviniera menunjukkan peningkatan yang positif dimana terdapat lebih banyak permntaan dari kampungnya sendiri dan juga penduduk di luar kawasan kampungnya. Cik Nasviniera turut memuat naik Ice Pop tersebut di aplikasi Dashboard iaitu MyShop sebagai medium untuknya membuat promosi dan jualan produk tersebut.