CELIK IT – Jason Anak Jack
Belajar asas computer , microsft office word, kemahiran asas menaip, terlibat aktiviti kuiz/permainan Fun to Type Contest (aktiviti yang mendidik pengguna untuk menaip dengan betul dan cepat.), Klik Dengan Bijak.
|
Nama |
: |
Jason Anak Jack |
|
Umur |
: |
11 tahun |
|
Ahli |
: |
2014 |
Latar Belakang :
Jason anak Jack merupakan pelajar tingkatan satu di SMK Medamit Limbang. Beliau mula mengenali Pi1M semenjak di bangku sekolah rendah lagi apabila beliau mengikuti ibunya ketika Hari Besama Pi pada 13 September 2014. Semenjak dari itu, beliau aktif terlibat dengan aktiviti-aktiviti Pi terutamanya taklimat Klik Dengan Bijak.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum beliau mengenali Pi, pengetahuannya dalam dunia internet lebih menjurus kepada permainan game online sahaja. Pengetahuannya dalam ICT terhad kepada ilmu Dunia Sains dan Teknologi yang di pelajarinya ketika sekolah rendah.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Selepas melibatkan diri dengan Pi, kemahiran penggunan ICT Jason lebih luas. Kini beliau lebih tahu cara-cara untuk mencari maklumat berkaitan dengan kerja kursus yang telah diberikan oleh guru mereka. Tambahan pula, beliau seringkali menggunakan pi1m sebagai tempat untuknya dan rakan-rakan beliau berbincang mengenai kerja sekolah yang telah diberikan.
USAHAWAN 1 – Selicia Brenda Chew
Usahawan makanan.
|
Nama |
: |
Selicia Brenda Chew |
|
Umur |
: |
22 tahun |
|
Ahli |
: |
2015 |
Latar Belakang :
Selicia Brenda Chew merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Pendidikan tertinggi Selicia adalah SPM. Beliau amat berminat dalam bidang perniagaan. Selicia bermula berniaga secara kecil-kecilan semenjak beliau di bangku sekolah menengah lagi. Tambahan pula, dengan dorongan keluarganya, Selicia meneruskan perniagaannya itu sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum menggunakan ict dan terlibat dengan Pi, Selicia hanya menjual makanannya di kawasan penempatannya sahaja. Keuntungan yang beliau perolehi pada ketika itu tidak memberangsangkan dan ada ketikanya barangan jualannya tidak habis dijual.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Dengan menggunakan teknologi ICT, pasaran Selicia semakin luas serta pendapatan juga sedikit bertambah dan makanannya turut mendapat sambutan komuniti di sekitarnya.
USAHAWAN 2 – Nur Amiliana Liam
Usahawan produk kecantikan.
|
Nama |
: |
Nur Amiliana Liam |
|
Umur |
: |
29 tahun |
|
Ahli |
: |
2017 |
Latar Belakang :
Puan Nur merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menggunakan masa terluang untuk mencari pendapatan sampingan secara berniaga di atas talian. Medium yang digunakan adalah Facebook serta Whatapp.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum ini, Puan Nur tidak melakukan perniagaan secara atas talian dan hanya menggunakan medium Facebook sebagai media sosial.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Dengan adanya teknologi ICT, beliau boleh membantu suami mencari pendapatan walaupun hanya sebagai suri rumah. Selain itu, beliau juga boleh menambah ilmu pengetahuan dengan cara mencari maklumat yang berguna berkaitan tips-tips berniaga secara atas talian melalui internet.