CELIK IT – JACQVES LIOUS ANAK JUNETTA
Menyertai Klik Dengan Bijak, Latihan Microsoft Office Word, Latihan Microsoft Office Excel& Latihan Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi.
|
Nama |
: |
Jacqves Lious anak Junetta |
|
Umur |
: |
16 tahun |
|
Ahli |
: |
2014 |
Latar Belakang :
Jacqves Lious merupakan pelajar tingkatan 4 di sekolah SMK Medamit Limbang dan memperolehi keputusan yang baik di dalam Ujian PMR pada tahun 2017 dengan lulus kesemua mata pelajaran yang diambilnya dan kini beliau berada di Tingkatan 4A. Jacqves mula mengenali Pusat Internet apabila dia mengunjungi Hari Bersama Pusat Internet pada tahun 2014 bersama-sama dengan ibunya. Semenjak dari itu, dia telah menyertai program-program yang telah dilaksanakan oleh Petugas Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Pada awalnya, dia kurang berminat dalam mendalami pengetahuan computer dan internet. Pengetahuan nya mengenai asas computer dan internet adalah terhad kepada bermain game secara online. Namun yang sedemikian, semenjak beliau melangkah masuk ke tingkatan 3, beliau terpaksa mempelajari ilmu computer dan internet untuk mencari dan menyiapkan kerja-kerja kursus yang diberikan oleh guru mereka.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Kini Jacqves lebih mahir dalam penggunaan computer dan internet dengan bimbingan petugas Pusat Internet. Dia telah merasakan keseronokkan dalam mempelajari komputer dan internet kerana memudahankan beliau menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).
USAHAWAN 1 – PAMELA GLORIA JOHN
Perniagaan secara ONLINE
|
Nama |
: |
Pamela Gloria John |
|
Umur |
: |
25 tahun |
|
Ahli |
: |
2018 |
Latar Belakang :
Pamela Gloria John merupakan graduan dari UITM. Beliau merupakan anak ke-3 dalam keluarganya. Beliau memulakan perniagaan secara online pada awal tahun 2018. Pada mulanya beliau sekadar berniaga untuk medapatkan pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lain. Setelah itu, minatnya terhadapa perniagaan secara online kian mendalam dimana beliau telah mepelbagaikan produk jualannya bagi memenuhi kehendak atau permintaan pelanggannya.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum penggunaan ICT mahupun penglibatan Pusat Internet, Pamela hanya mempromosi produk jualannya menerusi aplikasi Facebook, Whatsap dan secara langsung kepada rakan-rakannya. Beliau tiada medium khas untuk mempromosi atau menjual produk-produk tersebut kepada masyarakat umum.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Dengan menggunakan teknologi ICT dan Pusat Internet, produk Pamela semakin dikenali dan mendapat perhatian masyarakat di sekitarnya. Sedikit sebanyak keadaan ini telah meningkatkan permintaan terhapa produk-produk yang dijual oleh Pamela kerana beliau terlibat aktif dengan aplikasi Dashboard iaitu MyShop sebagai medium untuknya membuat promosi dan jualan produk tersebut
.
USAHAWAN 2 – JENNY NELLY LIDDUIN
Menjual Serunding (betik/tuhau) dan Sambal Tuhau.
|
Nama |
: |
Jenny Nelly Lidduin |
|
Umur |
: |
25 tahun |
|
Ahli |
: |
2015 |
Latar Belakang :
Cik Jennely Nelly merupakan seorang Jururawat masyarakat Gred U19 di Klinik Kesihatan Nanga Medamit. Jenny berasal dari daerah Tambunan Sabah dan mula bertugas di Medamit Limbang pada awal tahun 2015. Dia mula mengenali Pusat Internet Nanga Medamit pada Tahun 2015 sempena Program yang dianjurkan oleh PI.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum mengenali Pusat Internet, Cik Jenny hanya menjual produknya menerusi secara langsung melalui rakan-rakan sekerjanya sahaja. Tambahan pula, beliau baru bertugas di kawasan Nanga medamit ini dan belum mengenali penduduk di sekitar ini.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:
Setelah petugas PI sendiri membeli produk tersebut daripada Cik Jenny, petugas PI telah menyarankan Cik Jenny supaya memperluaskan lagi promosi produknya itu melalui aplikasi Dashboard Komuniti iaitu MyShop kerana rasanya yang sedap dan jarang ditemui di sekitar kawasan ini. Dengan bantuan tersebut, produk cik Jenny kini mendapat sambutan daripada penduduk di kawasan sekitarnya.