CELIK IT – Beatchirichia Reanse Munah
Belajar asas komputer dan kemahiran asas menaip.
| Nama | : | Beatchirichia Reanse Munah |
| Umur | : | 11 tahun |
| Ahli | : | 2017 |
Latar belakang:
Beatchrichia Reanse Munah merupakan pelajar tahun lima di SK Ulu Lubai yang menjadi peserta dalam International Short Essay Witting Contest 2017. Beliau menjadi calon tunggal daripada sekolah berkenaan yang berjaya melepasi peringkat pertama pertandingan berkenaan. Peringkat pertama dijalankan di Pi Nanga Medamit pada 18 Mei 2017 manakala peringkat kedua dijalankan pada 31 Julai 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI:
Sebelum ini, kemahiran penggunan teknologi maklumat dan komunikasi adik Beatchrichia terhad kepada ilmu yang diperolehi dalam kelas di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI:
Selepas melibatkan diri dengan Pi, kemahiran penggunan ICT adik Beatchrichia berkembang dan berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam pertandingan yang dia sertai.
USAHAWAN 1 – Devi Sylvianica Simon
Usahawan kraftangan.
|
Nama |
: |
Devi Sylvianica Simon |
|
Umur |
: |
29 tahun |
|
Ahli |
: |
2014 |
Latar Belakang :
Puan Devi adalah seorang kakitangan di sebuah syarikat swasta. Beliau mengambil inisiatif untuk memasarkan produk kraftangan hasil tangan warga kampung beliau.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum terlibat dengan Pusat Internet Nanga Medamit, Puan Devi memasarkan produk kraftangan tersebut secara tradisional iaitu menerima tempahan melalui khidmat pesanan ringkas, panggilan telefon serta walk-in customer.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Selepas penggunaan teknologi ICT, Puan Devi mula memasarkan produk secara atas talian seperti melalui akaun Facebook dan juga aplikasi MyShop. Langkah ini ternyata mendapat sambutan yang positif kerana jangkauan pasaran beliau semakin meluas. Pembeli dari luar seperti dari negara Brunei mula menghubungi beliau untuk mendapatkan produk kraftangan yang dihasilkan oleh warga kampung beliau.
USAHAWAN 2 – Zamri Bin Matnor
Usahawan madu kelulut.
|
Nama |
: |
Zamri Bin Matnor |
|
Umur |
: |
34 tahun |
|
Ahli |
: |
2014 |
Latar Belakang :
Encik Zamri merupakan seorang kakitangan awam yang bertugas di Pejabat Daerah Kecil Medamit dan berasal dari Lawas. Bagi mendapatkan pendapatan tambahan, beliau mengusahakan ladang madu kelulut di kampung.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum penggunaan ICT, beliau menjual produk madu kelulut dengan menerima tempahan melalui khidmat pesanan ringkas, panggilan telefon serta secara verbal.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Melalui penggunaan internet, En. Zamri dapat mencari maklumat dan info berguna untuk memasarkan produk beliau. Selain itu, melalui penggunaan ICT juga, beliau dapat meningkatkan pengetahuan berkenaan perniagaan secara atas talian.
