mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KE -2 2019

CELIK IT – VERONICA ELIA

Menyertai Klik Dengan Bijak + Tayangan Video KDB + Kuiz KDB, Latihan Microsoft Office Powerpoint, Latihan Asas Komputer/Kuiz Asas Komputer & Latihan Microsoft Office Word

 

Nama

:

Veronica Elia

Umur

:

9 tahun

Ahli

:

2019

 

Latar Belakang :

Veronica merupakan anak bungsu di dalam keluarganya. Beliau tinggal di kuarters kerajaan di Nanga Medamit kerana bapanya bekerja di Pejabat Daerah Kecil Nanga Medamit. Veronica seringkali mengunjungi Pusat Internet bersama-sama dengan kakak nya untuk mencari peluang pekerjaan kerana kakaknya merupakan lepasan Diploma dan juga STPM

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Veronica mula mengenali Pusat Internet apabila beliau seringkali menemani kakak-kakaknya mengunakan perkhidmatan yang ada disitu. Beliau langsung tidak menunjukan minatnya menggunakan komputer kerana beliau mempunyai telefon peribadi untuknya bermain. Namun yang sedemikian, minatnya bermula apabila rakan-rakan sekolahnya telah menghadirkan diri untuk menyertai kelas/latihan yang diadakan di Pusat Internet. Lama kelamaan minatnya menggunakan komputer dan internet semakin mendalam dimana beliau seringkali mengunjungi Pusat Internet selepas balik dari sekolah dan ditemani oleh ibunya.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Veronica lebih mahir menggunakan komputer dan internet dimana beliau kini lebih mahir mencari lagu dan video yang di ingininya. Beliau turut mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat menerusi internet.

 

USAHAWAN 1 – PUAN JERRY ANAK GRA

 

Perniagaan secara Langsung & Online 

 

Nama

:

Jerry anak Gra

Umur

:

48 tahun

Ahli

:

2019

 

Latar Belakang :

Puan Jerry anak Gra merupakan Ketua Kaum bagi Masyarakat Iban di Kampung Tinting Rian Lubai Limbang. Pada masa lapang, beliau gemar menghabiskan masanya dengan mengayam bakul/beg menggunakan tali plastik. Disebabkan hasil daripada anyamannya tersebut semakin banyak, beliau telah mencuba untuk menjual bakul/beg tersebut dan mendapat sambutan daripada pembeli. 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Sebelum penggunaan ICT mahupun penglibatan Pusat Internet, Puan Jerry hanya menjual produknya ini menerusi cara langsung dimana beliau akan ke Tamu Besar Limbang setiap hari khamis dan Jumaat. Secara langsung ini telah menyebabkan beliau mengalami keletihan kerana terpaksa berjual dari pagi sehingga petang.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Puan Jerry mengenali Pusat Internet kerana menhadiri Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Nanga Medamit yang telah diadakan pada bulan Disember 2018 yang lalu. Dimana beliau telah mengikuti taklimat Dashboard Komuniti Myshop dan berminat untuk memasukan produknya d laman web tersebut. Dengan bantuan petugas PI, produk Puan Jerry, telah dimuat turun ke dalam aplikasi My Shop.

 

USAHAWAN 2 – SITI ROHANI BINTI GARIB

 

Perniagaan secara Langsung & Online.

 

Nama

:

Siti Rohani Binti Garib

Umur

:

39 tahun

Ahli

:

2015

 

Latar Belakang :

Puan Siti Rohani merupakan seorang Pembantu Pengurusan Murid di sekolah rendah bahagian Limbang. Beliau memulakan perniagaan Ikan Pekasam ini untuk mendapakan pendapatan tambahan ekoran kos sara hidup yang kian meningkat, di samping itu ingin meringankan bebanan yang ditanggung oleh suaminya. Tambahan pula, mereka sekeluarga amat mengemari lauk ikan pekasam tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Sebelum penggunaan ICT mahupun penglibatan Pusat Internet, Puan Siti Rohani mampu hanya mempromosi produk jualannya menerusi aplikasi Whatsap dan secara langsung kepada rakan-rakan sekerjanya dan juga jiran-jiran yang berdekatan dengan rumahnya. 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Dengan menggunakan teknologi ICT dan Pusat Internet, perniagaan Ikan Pekasam Puan Siti Rohani menunjukkan peningkatan yang positif dimana terdapat lebih banyak permintaan dari masyarakat luar dan keadaan ini telah menyebabkan Ikan Pekasam mereka kehabisan stok dan terpaksa membuka pre-oder untuk memenuhi permintaan pelanggan.