mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KE-2 2018

CELIK IT – TRYFINNIE PASCALIS

 

Menyertai Klik Dengan BijakAsas Suntingan VideoLatihan Microsoft OfficeLatihan Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi.

 

Nama

:

Tryfinnie Pascalis

Umur

:

99 tahun

Ahli

:

2016

Latar Belakang :

Tryfinnie Pascalis merupakan pelajar lepasan SPM 2017 di sekolah SMK Medamit Limbang dan memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam keputusan SPM yang lepas dengan keputusan 6A. Tryfinnie Mula mengenali Pusat Internet Nanga Medamit apabila dia menyertai program-program yang telah dilaksanakan oleh Petugas Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini telah menyukarkan dia untuk melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan. 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Selepas melibatkan diri dengan Pusat Internet Nanga Medamit, dia lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Kini beliau sudah mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat untuk meneruskan lagi pesekolahannya ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya permohonan kemasukkan ke IPTA dan juga ke Institut Pendidikan Guru dimana beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Guru.

USAHAWAN 1 – SAHAIZA ANAK EMBING

 

Menjual Makanan Ringan (T-Burger).

 

Nama

:

Sahaiza anak Embing

Umur

:

22 tahun

Ahli

:

2014

Latar Belakang :

Sahaiza anak Embing merupakan pelajar lepasan STPM dari SMK Kubong Limbang pada tahun 2015. Beliau merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Perniagaan beliau bermula pada awal tahun 2018. Pada mulanya beliau sekadar menjual makanan ringan tersebut di sekitar kampungnya sahaja. Melihat permintaan terhadap makanan ringan tersebut sangat memberangsangkan, beliau telah membuka pondok gerainya sendiri di sebelah rumahnya dan turut menerima tempahan dari masyarakat sekitarnya.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Sebelum mengenali Pusat Internet, Sahaiza hanya mempromosi produk jualannya menerusi aplikasi Facebook dan Whatsap sahaja. Beliau tiada medium khas untuk mempromosi @ menjual produk-produk tersebut kepada masyarakat umum.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Dengan menggunakan teknologi ICT, pasaran Sahaiza semakin luas serta pendapatan juga sedikit bertambah dan produknya turut mendapat sambutan komuniti di sekitar kerana beliau terlibat aktif dengan aplikasi Dashboard iaitu MyShop sebagai medium untuknya membuat promosi dan jualan produk tersebut.

USAHAWAN 2 – JANNETTI ANAK KUJAT

 

Menjual Handbag Wanita dan Agen Produk Mary Kay

 

Nama

:

Jannetti anak kujat

Umur

:

31 tahun

Ahli

:

2017

Latar Belakang :

Puan Jannetti anak Kujat merupakan seorang surirumah dan pendidikan tertinggi beliau adalah SPM. Beliau telah menceburi bidang perniagaan secara online dan telah menjadi Agen bagi Produk Mary Kay adalah untuk membantu meringankan beban/kos sara hidup yang ditanggung oleh suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Sebelum mengenali Pusat Internet, Puan Jannetti hanya mempromosi produk jualannya menerusi hebahan melalui aplikasi Facebook dan Whatsap kepada kenalan beliau di aplikasi tersebut. Menerusi medium tersebut, permintaan terhadap produk yang dijual olehnya adalah terhad.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Selepas mengetahui kewujudan portal MyShop, Puan Jannetti telah meminta bantuan Petugas untuk belajar mempromosikan produk beliau iaitu Handbag dan Produk Mary Kay di dalam portal berkenaan. Dengan menggunakan teknologi ICT, permintaan terhadap produk Puan Jannetti semakin luas serta pendapatannya juga sedikit meningkat.