mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KE-2, 2017

CELIK IT – Camelia Anak Abang

Belajar asas computer, internet dan emel, pemprosesan kata, hamparan elektronik, multimedia, perniagaan dan keusahawanan.

Nama

:

Camelia Anak Abang

Umur

:

20 tahun

Ahli

:

2017

 

Latar Belakang :

Camelia Anak Abang adalah merupakan belia lepasan STPM tahun 2016 dan masih lagi dalam proses mencari pekerjaan. Dia yang menyedari bahawa pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan teknologi ict akan memberikan kelebihan kepada beliau untuk mencari pekerjaan mengambil keputusan untuk mendapatkan latihan komputer di Pusat Internet Nanga Medamit.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :

Sebelum menjalani latihan komputer di Pusat Internet Nanga Medamit, kemahiran computer dan teknologi ICT Camelia agak terbatas.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi1M :

Setelah selesai menjalani latihan di Pusat Internet Nanga Medamit, kemahiran komputer dan teknologi ICT Camelia telah berkembang. Camelia telah mempelajari kemahiran baru dalam penggunaan perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point. Kemahiran Camelia dalam menggunakan pelayar web dan enjin carian juga turut meningkat.

 

USAHAWAN 1 – Christina Puyang Jok

Usahawan kedai makan.

Nama

:

Christina Puyang Jok

Umur

:

35 tahun

Ahli

:

2014

 

Latar Belakang :

Merupakan seorang suri rumah beranak empat dan mempunyai bakat dalam bidang masakan. Beliau pernah menghadiri kursus asas penyediaan makanan anjuran KEMAS. Bagi membantu suami untuk menyara keluarga, beliau mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan kedai makan.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet Nanga Medamit, Puan Christina tidak terfikir untuk menjalankan perniagaan kedai makan. Dia hanya menjual kuih-muih secara kecil-kecilan

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Selepas melibatkan diri dengan Pusat Internet Nanga Medamit, Puan Christina telah meminjam seunit Netbook untuk beliau menonton video masakan di youtube. Dengan melayari internet, beliau dapat mencari resipi baru serta mencuba teknik masakan yang berbeza untuk memberi kepelbagaian dalam menu yang ditawarkan. Selain itu, beliau juga turut menggunakan aplikasi Myshop untuk menjual pelbagai produk lain dan mempromosikan kedai makan beliau.

 

USAHAWAN 2 – Mary Magdelina Sendai Anak Augustus Jinggut

Usahawan cili padi kisar

Nama

:

Mary Magdelina Sendai Anak Augustus Jinggut

Umur

:

18 tahun

Ahli

:

2014

 

Latar Belakang :

Mary Magdelina adalah seorang remaja lepasan SPM dan masih tinggal bersama keluarganya di kuarters kerajaan Medamit. Bagi menambah pendapatan keluarga, mereka mengusahakan tanaman cili padi di sekitar halaman rumah dan menjual cili padi kisar.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Sebelum penggunaan ICT, produk cili padi kisar yang dihasilkan oleh keluarga Mary Magdelina hanya dijual di kedai runcit yang berhampiran.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Melalui penggunaan internet, Mary Magdelina dan keluarganya mula mempromosikan produk mereka secara atas talian. Dengan penggunaan aplikasi Myshop, produk cili padi kisar mereka mempunyai peluang untuk dipasarkan di seluruh Malaysia.