mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA, 2017

CELIK IT – Jugson Janga Anak Balai

Belajar asas komputer, internet dan emel, pemprosesan kata, hamparan elektronik, multimedia, perniagaan dan keusahawanan .

Nama

:

Jugson Janga Anak Balai

Umur

:

21 tahun

Ahli

:

2017

 

Latar Belakang :

Judson adalah merupakan belia lepasan STPM tahun 2015 dan masih lagi dalam proses mencari peluang pekerjaan. Menyedari bahawa pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan teknologi ict akan memberikan kelebihan kepada beliau untuk mendapatkan pekerjaan, dia mengambil keputusan untuk menyertai latihan komputer di Pusat Internet Nanga Medamit. Judson yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah berharap agar kemahiran yang diperolehinya melalui latihan komputer boleh membantunya dalam bidang pekerjaan dan pengajian pada masa akan datang.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Sebelum menjalani latihan komputer di Pusat Internet Nanga Medamit, kemahiran computer dan teknologi ICT Judson agak terhad dan lebih menjurus kepada hiburan.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Setelah selesai menjalani latihan di Pusat Internet Nanga Medamit, kemahiran komputer dan teknologi ICT Judson telah berkembang. Judson boleh menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point. Dia juga menghasilkan resume untuk  tujuan mencari pekerjaan. Di samping itu, beliau juga  menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat mengenai proses melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi serta bagi mendapatkan info mengenai universiti tempatan.

 

USAHAWAN 1 – Dominic Mujang Anak Balai

Usahawan kraftangan berasaskan tali.

Nama

:

Dominic Mujang Anak Balai

Umur

:

20 tahun

Ahli

:

2017

 

Latar Belakang :

Merupakan seorang belia lepasan STPM. Beliau masih tinggal bersama keluarganya di rumah panjang. Nenek Dominic mempunyai kemahiran dalam menganyam produk kraftangan berasaskan tali pengikat palet kargo. Beliau berkeputusan untuk memanfaatkan produk berkenaan dengan memasarkannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Sebelum penggunaan ICT, pasaran Dominic agak terhad. Beliau hanya menerima tempahan produk  secara verbal, menggunakan khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Melalui penggunaan teknologi ICT, pasaran Dominic semakin meluas. Dengan mempromosikan produk kraftangan tersebut secara atas talian, sasaran  pasaran beliau semakin meluas. Antara platform yang digunakan untuk mengiklankan produk tersebut adalah aplikasi Myshop.

 

USAHAWAN 2 – Emily Jerni Tan

Usahawan kraftangan berasaskan manik.

Nama

:

Emily Jerni Tan

Umur

:

18 tahun

Ahli

:

2017

 

Latar Belakang :

Emily Jerni Tan adalah seorang remaja lepasan SPM dan masih tinggal bersama keluarganya di rumah panjang. Sementara mencari pekerjaan, beliau memanfaatkan masa terluang membantu ibu beliau untuk menghasilkan dan menjual produk kraftangan berasaskan manik.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Sebelum penggunaan ICT, keluarga Emily hanya menghasilkan produk kraftangan manik jika ada tempahan. Tempahan juga hanya diterima secara verbal, melalui khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:

Melalui penggunaan internet, jangkauan pasaran Emily semakin meluas. Dengan mempromosikan produk kraftangan manik secara atas talian seperti melalui aplikasi MyShop, produk mereka dapat dilihat di seluruh Malaysia. Kemungkinan untuk mendapatkan pembeli dari kawasan di luar Limbang juga bertambah.