mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN – Pn. Rennisa Anak Jack

USAHAWAN BAKUL ANYAMAN PLASTIK (KRAFTANGAN)

 Nama   :   Rennisa Anak Jack
 Umur  :  24 tahun
 Ahli  :  2017

Latar belakang:

Puan Rennisa merupakan merupakan surirumah sepenuh masa dan tiada pendapatan. Sebelum ini beliau menjalankan perniagaan secara langsung dan online (Dropship Agent). Oleh kerana kos sara hidup yang kian meningkat pada masa kini telah mendorang beliau untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan untuk mencari pendapatan lebih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Sebelum penggunaan ICT mahupun penglibatan PEDi, pengetahuan dalam dunia perniagaan secara online beliau adalah terhad memandangkan kawasan tempat tinggal beliau sukar untuk mendapatkan capaian internet. Tambahan pula, medium pemasaran beliau adalah terhad dimana promosi bagi produk yang dijual oleh beliau hanya menerusi aplikasi Facebook dan Whatsap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Setelah melibatkan diri dengan PEDi, sedikit sebanyak telah membantu beliau mengembangkan perniagaan beliau dengan latihan-latihan asas seperti Microsoft Office Word, Excel dan Canva yang amat penting dalam bahagian promosi produk mereka seperti suntingan imej produk bakul anyaman dan cara-cara mempromosi produk beliau di dalam aplikasi media sosial. Kini, perniagaan beliau bukan sahaja mendapat sambutan di kawasan Limbang sahaja, bakul anyaman beliau juga turut mendapat sambutan di luar kawasan Limbang seperti negara jiran Brunei dan Semenanjung Malaysia. Bukan itu sahaja, penglibatan dengan kelas keusahawanan di PEDi memudahkan beliau melakukan perniagaan tempahan awal bakul anyaman pelanggan.

Bakul-bakul Anyaman Puan Rennisa 

Puan Rennisa juga turut menjual bakul anyaman beliau di Tamu Jumaat Limbang