USAHAWAN BAKUL ANYAMAN PLASTIK (KRAFTANGAN)
| Nama | : | Devi Sylvianica Simon |
| Umur | : | 29 tahun |
| Ahli | : | 2014 |
Latar belakang:
Puan Devi Sylvianica merupakan salah seorang kakitangan sebuah syarikat swasta. Beliau menjadikan perniagaan kraftangan bakul anyaman plastik ini sebagai pendapatan sampingan memandangkan kos sara hidup semasa semakin meningkat, disamping itu turut dapat membantu warga Kampung Lubok Lasas untuk memasarkan produk kraftangan hasil tangan mereka
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:
Pada mulanya Puan Devi Sylvianica memasarkan produk kraftangan secara tradisional iaitu menerima tempahan menerusi telefon dan sistem pesanan ringkas (sms). Selain itu, ada juga pelanggan yang datang sendiri ke rumah untuk membuat tempahan ataupun pembelian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:
Setelah melibatkan diri secara aktif di Pi, Pn Devi Sylvianica telah mempelajari teknik pemasaran yang terkini iaitu pemasaran melalui media masa secara atas talian. Pemasaran tersebut telah menarik minat pelanggan bukan sahaja dari daerah Limbang, tetapi turut mendapat perhatian seluruh masyarakat di sarawak amnya. Produk Pn Devi turut digemari dan ditempah oleh pelanggan dari negara jiran, iaitu Negara Brunei.

