USAHAWAN KECIL MADU KELULUT
| Nama | : | Zamri Bin Matnor |
| Umur | : | 34 tahun |
| Ahli | : | 2014 |
Latar belakang:
Encik Zamri merupakan seorang kakitangan awam yang berkhidmat di Pejabat Daerah Kecil Medamit. Beliau berasal daripada Lawas. Untuk mendapatkan pendapatan tambahan, beliau mengusahakan ladang madu kelulut di kampung. Sebelum ini, beliau hanya menjual madu kelulut menggunakan cara lama seperti menjualnya di rumah dan turut menerima tempahan menerusi panggilan telefon dan sms.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:
Kini dengan adanya teknologi ICT, beliau memanfaatkan teknologi yang ada seperti telefon pintar serta internet untuk memasarkan produk beliau dan menerima tempahan menerusi aplikasi seperti whatsapp.

