mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Keusahawanan adalah aktiviti sebagai seorang usahawan, yang boleh ditakrifkan sebagai “yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi”.

Kebanyakan penduduk di pekan Nanga Medamit bekerja sebagai petani. Pekerjaan tersebut merupakan sumber pendapatan utama penduduk Ng.Medamit. Keadaan ini memainkan peranan dalam pembangunan yakni mewujudkan peluang pekerjaan, di samping menjamin keselamatan makanan penduduk. Antaranya ialah melalui penanaman kelapa sawit, getah dan penanaman padi. Hasil dari penanaman/tuaian tersebut menjadi sumber pendapatan/kewangan penduduk apabila tanaman/tuaian tersebut dijual. Tambahan pula ada segelintir penduduk yang mempunyai ladang,sawah yang terlalu luas dan tidak mampu menguruskannya sendiri, mengambil inisiatif dengan mengambil pekerja untuk membantunya dalam sektor tersebut.

Di samping itu juga, di pekan ini turut terdapat beberapa kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian pendudukseperti makanan basah, makanan kering, peralatan persekolahan dan sebagainya. Peniaga-peniaga dari dalam mahu pun dari luar kawasan pekan ini mengambil kesempatan berniaga di kawasan ini kera penduduknya yang ramai dan terletak agak jauh di kawasan pendalaman dan tiada wujudnya persaingan dikalangan penjual.

Selain itu juga, di pekan ini turut terdapatnya gerai-gerai makan yang menjual makanan tempatan dan juga makanan segera. Makanannya yang sedap dan berkualiti turut dapat menarik minat ramai pengunjung ke kawasan tersebut. Di tambah lagi dengan kemahiran/pengalaman,turut mampu membantu mereka dalam menjalankan perniagaan gerai ini.

Oleh kerana pekan ini menjadi tempat persinggahan/perhentian penduduk, ini telah mewujudkan peluang pekerjaan dari sektor pengangkutan. Contohnya ialah pengangkutan darat iaitu van sapu/van sewa dan pengangkutan sungai iaitu sampan. Sektor pengangkutan ini masih diperlukan kerana kebanyakan penduduk masih belum mampu memiliki pengangkutan mereka sendiri untuk ke Limbang. Tambahan pula kebanyakan penempatan/rumah penduduk masih belum dapat dihubungi melalui jalan raya. Keadaan ini menyebabkan pengangkutan sungai merupakan alternatif utama mereka untuk berhubung/membeli barang keperluan mereka.