Klinik Desa
Terletak di seberang sungai Nanga Medamit, berperanan dalam meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Ini kerana institusi itu berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah.
Kemudahan ini menyediakan perkhidmatan penting dalam aspek pencegahan penyakit dan rawatan ringan khususnya kepada ibu dan kanak-kanak
Kemudahan dan Perkhidmatan di Klinik Desa :
-Klinik Ibu Mengandung.
-Klinik Kanak-kanak dan Imunisasi.
-Jagaan Selepas Bersalin dan Perancang Keluarga.
-Perbidanan di Rumah.
-Rawatan Pesakit Luar (OPD) – di Klinik Desa bagi rawatan kes-kes ringan sahaja.
-Klinik Warga Sihat.
Jururawat Masyarakat yang bertugas di Klinik Desa memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada penduduk di setempat.Oleh itu, tidak boleh dinafikan bahawa peranan mereka dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk di bawah jagaan mereka amat berat dan mencabar