Untuk memastikan keselamatan dan keamanan penduduk di pekan Nanga Medamit terjamin, agensi kerajaan seperti Polis telah di tempatkan di pekan ini. Balai polis terletak di bangunan Kedai Baru (dibawah bangunan Pusat Internet Nanga Medamit) dan berseberangan dengan Pejabat Daerah Kecil Nanga Medamit. Kedudukannya yang terletak berdekatan jalan utama memudahkan penduduk setempat mendapatkn pertolongan/bantuan apabila dilanda masalah.
Bagi keselamat dari segi kesihatan pula, Klinik Desa memainkan peranan yang penting. Terletak di seberang sungai Nanga Medamit, berperanan dalam meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Ini kerana institusi itu berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah
Dari segi perlindungan dari musibah/bencana alam seperti banjir, Dewan Masyarakat merupakan tempat digunakan untuk penempatan sementara penduduk di kawasan ini. Hal ini kerana kedudukannya yang strategik (berdepan dengan bangunan Kedai Baru, bersebelahan dengan Pejabat Daerah Kecil & berdekatan Stesen Minyak) dan mudah dicapai/dihubung apabila berlakunya sebarang kejadian yang tidak di ingini.
Kebanyakan penduduk di pekan ini tinggal brdekatan/seberang sungai. Untuk menjamin keselamatan penduduk, beberapa buah jeti dibina untuk memudahkan penduduk menjalankan aktiviti harian mereka.