JKKK KAMPUNG BARU/HUJUNG JALAN PEKAN BARU MEDAMIT LIMBANG
PENGERUSI: KAPITAN TEY KIM CHUAN
TIMBALAN PENGERUSI: JERAMI ANAK UBONG
SETIAUSAHA: NURLINA BTE ABDULLAH
TIMBALAN SETIAUSAHA: STEVIE CAROLINA LUKAS
BENDAHARI: PARANG REMANG
TIMBALAN BENDAHARI: LIMBA ANAK DUNGGAT
AJK KECIL:
MUGO ANAK INSUT
DUBAH ANAK AKAM
LITAD ANAK INAU
YEO KIAN HUAT
LIM TENG HUAT
NAJA ANAK RADIN
Peranan JKKK:
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK.
Mesyuarat JKKK diadakan 3 kali dalam setahun. JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan
Tanggungjawab JKKK :
1. Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung
2. Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
3. Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.
4. Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa keciI yang lain
5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali
6. JKKK perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya.
Fungsi Utama :
1) Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.
2) Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
3) Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.
4) Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.
5) Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.
6) Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
7) Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat.
8) Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
9) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.
10) Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
11) Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan tanah kampung.
12) Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.
Aktiviti Utama :
I. Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKK.
II. Menberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam mesyuarat JKKK.
III. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang ditubuhkan.
IV. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.
V. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKK.
VI. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.
VII. Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.
VIII. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK.
IX. Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.
X. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat denganselamat.
XI. Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk mengesahkan kaedah pengumpulan data.
XII. Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.
XIII. Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak JKKK. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.
XIV. Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan tindakan pembangunan kampung.
XV. JKKK perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk
memajukan kampung.
XVI. JKKK bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan.