CELIK IT – Cindarella Kian Anak Uka
Belajar asas komputer ,mengikuti kelas microsoft office word, dan menyertai aktiviti Klik Dengan Bijak.
|
Nama |
: |
Cindarella Kian anak uka |
|
Umur |
: |
13 tahun |
|
Ahli |
: |
2018 |
Latar Belakang :
Cindarella anak Kian merupakan pelajar tingkatan satu di SMK Medamit Limbang. Beliau mula mengenali Pusat Internet pada awal tahun ini kerana mengikuti kakaknya untuk mencari bahan rujukan/maklumat untuk kerja sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum beliau mengenali Pi, pengetahuannya dalam dunia internet lebih terbatas kepada matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi yang di pelajarinya ketika sekolah rendah.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Selepas menghadiri kelas yang diadakan oleh Pi, kemahiran penggunan ICT Cindarella lebih luas. Cindarella belajar asas penggunaan internet seperti cara untuk Save artikel yang dicari untuk dijadikan bahan rujukan pelajaran, membuat emel, menaip dan lain-lain. Selain itu, dia juga menghadiri taklimat Klik Dengan Bijak yang diadakan .
USAHAWAN 1 – Gregory anak Kiyai @ Keai
Usahawan menjual produk Sahajidah Hai-O.
|
Nama |
: |
Gregory anak Kiyai @Keai |
|
Umur |
: |
28 tahun |
|
Ahli |
: |
2018 |
Latar Belakang :
Gregory Kiyai adalah anak bongsu daripada empat orang adik beradik dan juga merupakan pelajar Doktor Falsafah di Universiti Malaysia Sarawak. Beliau mula berminat dan melibatkan diri dalam dunia perniagaan secara separuh masa selepas diperkenalkan kepada produk Sahajidah Hai-O pada awal tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum ini, Gregory Kiyai hanya menggunakan medium Facebook dan Whatsapp untuk mempromosi kan produk Sahajidah Hai-O yang dijual. Sasaran pasaran Gregory Kiyai hanyalah penduduk sekitar, kenalan rapat dan sahabat di laman sosial Facebook.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Selepas menghadiri aktiviti di Pi dan mengetahui kewujudan aplikasi Dashboard, Gregory mula menggunakan aplikasi berkenaan iaitu MyShop untuk mempromosikan produk yang dijual. Dengan menggunakan aplikasi ini, pasaran beliau semakin meluas kerana Dashboard Komuniti boleh diakses/dilihat lebih ramai komuniti.
USAHAWAN 2 – Cascarino Carlson Ak Guransin
Usahawan menjual nasi bungkus tradisional.
|
Nama |
: |
Cascarino Carlson ak Guransin |
|
Umur |
: |
30 tahun |
|
Ahli |
: |
2017 |
Latar Belakang :
En. Cascarino bekerja sebagai pembantu stor dan berniaga secara sambilan dengan menggunakan masa cuti/lapang/terluang untuk menjual nasi bungkus tradisional.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi :
Sebelum penggunaan ICT, En. Cascarino hanya menjual nasi bungkus tradisional yang dihasilkan ke kedai-kedai yang dekat dengan rumahnya sahaja. Selain itu, dia juga cuma menerima permintaan/tempahan secara walk-in ke rumah beliau.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi:
Setelah mengetahui kewujudan portal Myshop, En. Carlson mula belajar untuk mempromosikan produk nasi bungkus yang dihasilkan di dalam portal tersebut dengan tunjuk ajar dan bantuan petugas di Pusat Internet.