mcmc
Kesihatan

PROGRAM KEM KESIHATAN KLINIK NANGA MEDAMIT

Pada 11hb November 2017 yang lepas, Klinik Kesihatan Nanga Medamit telah mengadakan Program Kem Kesihatan bertempat di dewan masyarakat Pekan Nanga Medamit. Pusat Internet Nanga Medamit yang juga merupakan ahli panel turut terlibat dalam program berkenaan. Antara aktiviti yang diadakan adalah 10 000 langkah, sukaneka bersama ahli panel penasihat klinik, taklimat pemakanan sihat, taklimat tibi, cabutan bertuah dan lain-lain.

Staff Pusat Internet Nanga Medamit bersama ahli panel yang lain.

 

Aktiviti sukaneka bersama ahli panel.

 

Demontrasi oleh pihak Bomba.

 

Bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen, P221 Y.b. Tuan Haji Hasbi Bin Habibollah.