Apa Itu e-Sisa?
Terma e-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik & elektronik yang telah dibuang.
e-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas & aksesori.
Peranti mudah alih perlu dilupuskan secara sempurna apabila tidak lagi digunakan.
Bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi & mengandungi komponen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda & mencemarkan persekitaran.
Menerusi proses kitar semula yang betul, lebih 90% daripada bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih & aksesori boleh dipulihkan semula.