Di Limbang, terdapat TIGA buah Pusat Internet 1 Malaysia iaitu di Kampung Pahlawan, Kampung Maritam (dahulunya di Kampung Batu Danau) dan di Kampung baru Medamit. Pusat Internet 1 Malaysia Nanga Medamit merupakan pusat yang kedua seumpamanya dibuka di bahagian Limbang selepasdi Kampung Batu Danau. Pusat Internet ini dikendalikan oleh MSD Intelligence Sdn Bhd yang merupakan anak Syarikat kepada MSD Group dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan Syarikat Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pusat Internet 1 Malaysia bagi kawasan Medamit terletak di Lot 30, Tingkat 1, Bangunan Kedai Baru Nanga Medamit dan berjiranan dengan Balai Polis Medamit dan Pejabat Daerah Kecil Medamit. Perjalanan ke Pusat Internet 1 Malaysia Nanga Medamit ke bandar Limbang mengambil masa kira-kira 45 minit dan sejauh 49KM. Kedudukannya yang strategik iaitu berdekatan dengan Sekolah, Perpustakaan Desa, Kedai runcit telah menarik minta penduduk sekitar kawasan tersebut mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia ini. Tambahan pula dengan adanya beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah Kecil dan Klinik Kesihatan di kawasan ini turut sedikit sebanyak menyokong kewujudan Pusat Internet di kawasan ini.
Pusat Internet 1 Malaysia ini mula dibina pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada bulan Jun 2013 dan mula beroperasi pada Ogos 2013. Bulan pertama beroperasi, Pusat Internet 1 Malaysia Nanga Medamit berjaya mengumpul ahli sebanyak 6 orang dan seterusnya menunjukkan peningkatan bilangan ahli dan juga bilangan pengunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Nanga Medamit.
Pusat Internet 1 Malaysia Nanga Medamit beroperasi setiap hari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang, kecuali hari AHAD dimana ia akan beroperasi pada jam 12.00 tengah hari sehingga jam 5.00 petang. Manakala pada cuti umum, Pusat Internet 1 MAlaysia ini tidak akan beroperasi.
Petugas yang mengurus tadbir Pusat INternet 1 MAlaysia Nanga Medamit ialah Encik Emmanuel Kedu anak Ngindang selaku Pengurus dan Encik Devin Sylvian anak Simon selaku Penolong Pengurus.